Friday, June 27, 2014

Makan Tengahari di Tupai Tupai Kafe, KL

jjcm kuala lumpur
Tupai-tupai Kafe @ Bukit Petaling, KL


Tupai-tupai kafe ni I rasa agak famous eh? Kalau tagline dia tu "Malaysia's best kept secret" tengok gambar buffet nasi campur wow menggoda.. tapi tak pernah ajak hubby pergi lagi.. sekali haritu hubby gi lunch on weekdays dengan ofis mate dia, balik dia tanyalah isteri dia ni yang memang hantu nasi campur.. U pernah dengar Tupai-tupai Kafe?" I cakap "pernah.." dia pun sambung "ah, tadi I makan sana dengan ofismate I.." "Yeke?..sedap tak?" I tanya hubby. "Biasa je.." jawab dia.. Oklah since hubby cakap biasa je.. kita pun tak insist ler dia bawak kita ke sana kan?

Sekali satu hari tu, hujung minggu, anak kedua nak gi zoo, sebelum tu semua lapar, matahari pun terik ler jugak dalam kul 1 tu kan.. so hubby cakap takpe kita gi makan kat Tupai-tupai Kafe.. hai berbunga2 hatiku ingat dapat makan nasi campur buffet :p sekali sampai dia kata "buffet hari weekday je bang.. hujung minggu takde.." oh. kecewa.. 

Tapi takpelah, nak buat camana kan? So kita order lah lauk pauk ala carte.

tupai tupai kl review
Mee goreng @ Tupai-tupai Kafe, KL

Of course as always mee goreng tak pedas dan takde sayur untuk anak I yang pertama yang cerewet makan.. mee goreng ni kalau kita order tak nak pedas tak nak sayur, kalau jadi tukang masak tak tahu nak masak terus jadi tawar meleleh takde rasa.. kadangkala terus takde warna, hambar je... kat Tupai-tupai kafe, mee goreng warna dah ok, tapi rasa tetap kurang. Anak i tak habis makan..


tupai tupai kafe kl
Pepahat @ Tupai-tupai Kafe, Kuala Lumpur

I order pepahat masak pedas since semenjak dapt pepahat masak pedas HM Sri Bagan tu.. macam tak boleh ku lupakan gitu.. hehehe namun alangkah sedihnya.. pepahat di Tupai-tupai Kafe sungguh tak sama standard.. walaupun pepahat dia lebih besar tapi kurang manis dan kuah dia tak se-kick kuah @ HM Sri Bagan :(

halal restaurants kuala lumpur
Siakap @ Tupai-tupai Kafe, KL


Hubby nak makan ikan, so dia tanya apa masakan ikan special di Tupai-tupai Kafe? Pelayan tu jawab siakap kari merah (tak silap I lah) so kita pun order tu, pada I ok-ok je ikan ni, hubby pulak kata macam tak kena makan dengan nasi dan lauk-lauk lain yang kita order (dia ni memang jenis tak suka makan kari dengan nasi sebenarnya) lagi pun I rasa dia compare dengan Siakap Thai dry red curry @ Golden Triangle di Mont Kiara yang dah tutup tu.. ooh. yang tu sampai sekarang kita belum jumpa setandingnya :p tu yang dia hampa tu.. lain kali expectation jangan tinggi baru boleh makan enjoy jer.. betul tak? :p

malaysia makan-makan halal
Broccoli sos tiram @ Tupai-tupai Kafe, KL


Untuk penggemar sayur seperti saya, saya order broccoli dan cendawan sos tiram, pertama kali makan lauk sayur sos tiram yang tidak begitu menyelerakan.. macam terlebi bawang putih ke terlebih sos tiram ke.. tak tahulah.. yang penting hidangan ni kena pangkah.


tupai tupai kafe kl review
Udang Goreng Nestum Telur Asin @ Tupai-tupai Kafe, KL

Lastly, the only dish yang kita dua rasa sedap.. adalah udang goreng nestum telur asin (ni kira dah jadi feveret dish kami sekarang kalau makan di luar, dah tak berapa pandang udang goreng butter haha asyik udang nestum telur asin jek..) oklah.. hidangan ni no complaints, not bad. Satu-satunya hidangan yang kitorang tak payah paksa diri untuk habiskan haha.. 

Overall, makan kat sini I rasa biasa je, tak sesuai ler dengan tagline "Malaysia's best kept secret" sebab banyak lagi tempat makan yang lebih sedap kat Malaysia ni.. so please kalau nak keep tagline tu, kena up sikit standard masakan di sini. 

restoran halal seafood nasi campur kl
Tupai-tupai Kafe, KL


Tapi yang best pasal Tupai Tupai Kafe ni, tempat dia luas (Walaupun tak ber-aircon jadi kalau datang time 1 tghari macam kita tu bahang dia Ya Allah...) lepas tu kat entrance ada Iguana dalam cage, sambil2 mak bapaknye makan.. anak2 entertain lah diri masing2 tengok iguana tu makan carrot!


Iguana @ Tupai-tupai Kafe

Adakah I akan selalu datang ke sini? Hmm.. I tak rasalah.. mungkin kalau dah around the area dan tiada pilihan lain or kalau betul2 teringin nak cuba buffet nasi campur Tupai-tupai Kafe, tapi kalau gitu kena datang weekdays!

Tupai-tupai Kafe is at:

551A Jalan Bukit Petaling,
Off Jalan Istana, 50460 KL

Tel no: 03-21432525

FB Page:Restoran Tupai Tupai
   



Menurut FB Page Tupai-Tupai Kafe, ada 3 lagi cawangan Tupai-Tupai Kafe di Bangi, Ampang dan Shah Alam.

Bangi : Lot 1513-A, Kg Sg Tangkas, Bt 18, Jalan Bangi, Kajang, 43000 Selangor
Tel: 03-89222525

Shah Alam: No 2, Jalan Lompat Tinggi, 13/33 Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor
Tel: 03-51262525

Ampang: No 1, Jalan Awf 1, Ampang Waterfront, 68000, Ampang, Selangor
Tel: 03- 4923333

Tengok Juga:

makan best di Kuala Lumpur
Marhaba Restaurant, Publika
best halal food near golden palms resort
Seafood @ HM Sri Bagan