Thursday, June 19, 2014

Makan Tengahari @ Seri Kembangan - Pla Pla Seafood

makan best seri kembangan
Restoran Makanan Thai @ Seri Kembangan - Pla Pla Seafood




Ni pun entri yang agak lama, masa tu gi Farm In The City @ Serdang / Seri Kembangan dengan anak2 pastu malas lah nak makan kat kafe @ Farm In The City, so I google jap makan best @ Seri Kembangan, terjumpa lah beberapa recommendations untuk Pla Pla Seafood. Tapi budak2 dah lapar sangat tak boleh tunggu, so kita order fishball, nuggets dan sandwiches di kafe @ Farm In The City dulu, pastu kita shoot gi Pla Pla Seafood so mak boleh makan dengan aman hahaha.. 

Memandangkan kita pergi tu dalam jam 2 petang, I takde lah terasa nak makan besar macam ikan stim ke sotong goreng tepung ke etc etc, so order yang minimal saje, tomyam campur + ayam goreng kunyit + udang goreng tepung (ni teringin sangat nak makan beberapa hari masa tu) + telur dadar. haa.. kalau bab bab menu macam ni memang I yang order.. kalau makan terlebih lahap tu encik suami yang order haha.. ingatkan nak try kerabu mangga ke.. pulut mangga ke.. tapi tu semua takde sebab tukang masak balik kampung -heh?- oklah takde rezeki...

pla pla seafood seri kembangan
Playground @ Pla Pla Seafood , Seri Kembangan


Makanan datang oklah tak berapa lama, sempat jugak berhibur tengok cerita hindustan yang I dah lama tak tengok semenjak ada anak ni, anak2 hepi main playground kecik di sebelah luar restoran, walaupun tak muat sebenarnya slide tu sebab anak i yang 1st tu bam bam sikit.. so main racing kereta atas slide je lah :)
restoran sedap seri kembangan
Makan tengahari @ Pla Pla Seafood Seri Kembangan


verdict? tom yam ok2.. ayam goreng kunyit ok jugak tapi masin sikit pastu tak ingat samada takde kacang panjang atau kacang panjang dah layu betul.. udang goreng tepung, i suka batter dia tapi udang dia teramatlah kecil so tak puas lah makan udang tu.. tapi ala kulli haal.. Alhamdulillah simple dan kenyang :) 

Tengok gambar blogger2 lain yang rekomen tempat ni fuh memang mengancam gambar2 yang mereka post maybe sebab they all datang malam OR maybe memanglah yang masak power tu yang tukang masak yang balik kampung haha! tapi takpe maybe next time kalau gi Farm In The City boleh cuba lagi..

Pla Pla Seafood is at:
Lot 17G, Jalan Equine 1A
Persiaran Dr George Lim Ah Soo
43300 Seri Kembanagan.


Anda juga mungkin meminati:

restoran sedap seksyen 7
Cibiuk (Makanan Sunda) @ Kajang
chef zubir steaks halal
Wangsa Grill by Chef Zubir