Saturday, May 4, 2013

Ajar Anak Membaca Dengan "Siri Foniks Ria"

buku tadika bahasa melayu
Buku Cerita Kanak-kanak: Siri Foniks Ria


Baru-baru ini, saya membeli siri "Foniks Ria" oleh Rilla Melati untuk mengajar anak belajar membaca Bahasa Melayu dengan lebih lancar. Anak saya memang sebenarnya kurang pendedahan terhadap Bahasa Melayu kerana saya dan suami lebih selesa berbahasa Inggeris namun saya sedar bahawa ini adalah tren yang kurang sihat dan anak saya memerlukan dukungan dari rumah juga (bukan sahaja di tadika) untuk memastikan dia dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. 

bahasa melayu prasekolah
Buku Cerita Kanak-kanak: "Raja Dan Ratu" Oleh Rilla Melati

ajar anak foniks
Siri Foniks Ria : Raja Dan Ratu 


Rata-rata buku cerita kanak-kanak Bahasa Melayu di Malaysia memang banyak cuma pada saya kurang menarik dari segi ilustrasi atau jalan cerita agak terlalu panjang untuk kanak-kanak yang baru mula belajar membaca. 

buku bahasa melayu tadika
Buku Cerita Kanak-kanak :Harimau yang Hebat oleh Rilla Melati

Mini Monsters
Buku Cerita Kanak-kanak: "Harimau Yang Hebat" Oleh Rilla Melati


"Siri Foniks Ria" terdiri daripada lapan tajuk setiap satu mempunyai hanya 10 lembar muka surat dan setiap lembar mempunyai kurang dari 6 perkataan. Ilustrasi yang comel dan jalan cerita yang mudah dapat menarik minat anak-anak saya (3 & 5 tahun) dan merangsang anak saya yang pertama untuk membaca secara berdikari. Mereka amat menyukai buku cerita tersebut sehingga saya membaca kelapan-lapan tajuk sebanyak dua kali pada malam pertama sebelum mereka tidur dan sekali lagi keesokan paginya. 

bacalah anakku
Buku Cerita Kanak-kanak: "Mana Naga" Oeh Rilla Melati

buku bahasa melayu tadika
Buku Cerita Kanak-kanak: "Selipar Si Siput" Oleh Rilla Melati


Tahiah Rilla Melati dan Najib Ali (Mini Monster) atas usaha mengenalkan Bahasa Melayu kepada anak-anak kecil kita. :) 

No comments:

Post a Comment