Sunday, May 12, 2013

Resepi Nasi Goreng Cina

resipinasi goreng cina
My Simple Nasi Goreng Cina Recipe


Resepi nasi goreng cina untuk anak I yang berumur 5 tahun. I tak letak sayur sebab budak-budak ni memang tak makan sayur. Resepi nasi goreng cina ini cukup untuk 2 orang dewasa atau 1 dewasa dan 2 kanak-kanak makan sahaja hehe.. sorry I tak suka masak banyak2..

Resepi nasi goreng cina:

1 biji bawang besar (saiz sederhana) - dihiris
4 biji bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan udang kering (rendam dulu dengan air panas 5 minit kemudian tumbuk halus)
isi ayam (ikut suka berapa banyak)
udang (ikut suka berapa banyak) dibersihkan dan dibuang kulit
2 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan minyak masak
lada putih
garam
1 biji telur
2 mangkuk nasi yang telah sejuk.

(Anda juga boleh menambah bahan-bahan lain seperti lobak merah, fish ball dan sebagainya mengikut citarasa anda.)

Cara-cara memasak nasi goreng cina:

1. Panaskan mentega, minyak bijan dan minyak masak, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga bangkit aroma bawang.

2. Tambahan udang kering dan ayam sehingga ayam masak.

3. Masukkan udang (tambahkan air sedikit jika terlalu kering supaya bawang tidak hangus)

4. Masukkan telur dan gaulkan hingga masak.

5. Tambahkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa.

6. Akhir sekali masukkan nasi sedikit demi sedikit dan gaul rata.


Sedap dihidangkan dengan ayam goreng berempah dan keropok :)




No comments:

Post a Comment