Wednesday, October 17, 2012

Produk Kecantikan Korea

produk kecantikan wanita
Produk Kecantikan Korea : Promegranate Baby Face Mask and Rose Water Facial Cleanser


Haritu tgh jalan-jalan di Tesco Mutiara Damansara lepas hantar anak-anak ke tadika, ternampak kedai baru menjual produk kecantikan korea "EcoPure" hmm. nampak macam menarik, I pun tengah cari pelembap kulit tangan memandangkan sejak kebelakangan ni kulit tangan agak kasar. Dah mula malas nak jaga kulit ni.. tapi nak kena paksa jugak mula balik penjagaan kulit since kita sebagai isteri mesti jaga diri kita untuk suami kan :) 


Nampak pelembap kulit tangan "Milk Hand Cream" macam kiut je siap dengan gambar lembu. Try test sikit, bau not bad, macam gula-gula white rabbit haha.. tanya harga berapa RM19.90.. hmm.. bolehlah eh try satu botol..
penjagaan kulit korea
Pelembap Kulit Tangan : Milk Hand Cream  Dari Korea

Sambil-sambil mata rambang tengok produk kecantikan korea yang lain, tapi I sebenarya baru terjerat beli produk Dead Sea Premier masa holiday di Hong Kong hari tu, sampai sekarang belum cuba mask dia, cuma scrub je dah cuba.. so bila jurujual rekomen produk kecantikan muka, I cakap takpelah eh lain kali.. hmm.. tapi dalam hati nak try jugak.. oklah kita cuba mask 1 paket k? 

Jurujual Danahan Ecopure tu kata kulit I tak banyak masalah, maybe kurang air je sebab dah nampak mata sembap, so dia rekomen Danahan Promegranate Baby Face Mask, pakai 2 minggu sekali 20-30 minutes.. bagi sekali sampel pencuci muka rose water.. ok! balik cuba ye!

Percubaan Milk Hand Cream : 

Pelembap tangan basic, bau ok, consistency pun tak berapa cair dan tak tebal, kulit tangan terasa lembut bila memakai krim tangan ni, tapi long lasting effect takde lah..kalau tak pakai kulit tak lembut :p

Percubaan Danahan Promegranate Baby Face Mask: 

Hmm.. pencuci muka biasa je, untuk kulit remaja yang tak bermasalah ok lah tu, tapi untuk yang berusia 30-an macam I, kurang sesuai.. 

Mask : rasa macam "tingling" bila pakai Promegranate Mask ni, panas sikit pun ada mula2 tu, mask dia tak kering pun lepas 30 minit. Pastu, memandangkan bahasa kat peket tu Bahasa Korea yang I tak paham, I pun tak tahulah nak basuh muka ke tak lepas pakai mask, last2 I tepuk2 je extra cecair mask tu yang di kulit i sampai lah diserap kulit. 

Ada nampak babyface ke? hmm.. biasa je, takde perubahan, mungkin kulit lembap sikit tapi tiada efek pencerahan. 

My verdict: Kedua-dua produk pencuci muka dan mask korea Eco Pure ini sesuai untuk remaja yang tidak bermasalah kulit. Maybe kurang sesuai untuk I yang inginkan kulit kembali cerah macam zaman remaja dulu :p

Lain-lain produk kecantikan korea yang dijual yang nampak menarik tapi I tak try:

produk kecantikan korea
Produk Kecantikan Muka Dari Korea @  Korean Beauty; Tesco Mutiara Damansara 

produk penjagaan kulit
Produk Kecantikan Kore @ Korean Beauty; Tesco Mutiara Damansara

Produk Penjagaan Rambut (Henna) @ Korean Beauty; Tesco Mutiara Damansara