FACEBOOK JUST RELEASED THEIR PRICE GRID FOR MEMBERSHIP. $9.99 PER MONTH FOR GOLD MEMBER SERVICES, $6.99 PER MONTH FOR SILVER MEMBER SERVICES, $3.99 PER MONTH FOR BRONZE MEMBER SERVICES, FREE IF YOU COPY AND PASTE THIS MESSAGE BEFORE MIDNIGHT TONIGHT. WHEN YOU SIGN ON TOMORROW MORNING… YOU WILL BE PROMPTED FOR PAYMENT INFO...IT IS OFFICIAL IT WAS EVEN ON THE NEWS. FACEBOOK WILL START CHARGING DUE TO THE NEW PROFILE CHANGES. IF YOU COPY THIS ON YOUR WALL YOUR ICON WILL TURN BLUE AND FACEBOOK WILL BE FREE FOR YOU. PLEASE PASS THIS MESSAGE ON IF NOT YOUR ACCOUNT WILL BE DELETED IF YOU DO NOT PAY...
Pernah dapat post seperti di atas? hmm.. tertanya-tanya jugak bila baca post seperti ni.
1) Kalau Facebook kenakan bayaran sudah pasti ramai yang tutup akaun dan populariti Facebook akan menurun, sekaligus menurunkan keuntungan iklan Facebook.
2) Bila tu "Midnight tonight"? 1 Januari 2009? 2010? 2011? 2012?
3) Kalau maklumat ini dikongsi, jadi percuma pulak penggunaan Facebook.. hmm kenapa Facebook tak boleh maklumkan pengguna sendiri? Dan kalau boleh beri lagganan percuma, kenapa hendak dikenakan bayaran pula awalnya?
Soalan demi soalan.. jadi kita lakukan perkara yang mudah.. buat carian Google..
Aaah.. terjumpalah Blog Facebook dari tahun 2007 (rupa-rupanya dah berzaman surat berantai ini dimulakan) :
Facebook menyatakan bahawa mereka tidak akan menggunakan cara-cara di bawah ini untuk memaklumkan sesuatu kepada kita, atau menyuruh kita melakukan sesuatu di:
- Wall kita
- Mesej dalam inbox dari kawan kita
- Mesej dari App
Mereka juga menyatakan:
- Tidak akan menutup akaun yang tidak cukup "aktif"
- Tidak akan mengenakan bayaran untuk penggunaan Facebook
- Tidak akan meminta anda menghantar password atau maklumat Login kepada mereka
- Tidak akan menjadikan anda bertanggung jawab untuk menyebarkan maklumat kepada kawan-kawan anda. Sekiranya ada maklumat yang ingin disampaikan, adalah tugas Facebook untuk menyebarkannya.
- Jika maklumat disampaikan kepada anda mengenai Facebook, ia akan datang dari Facebook secara kolektif. Anda tidak akan mendapat maklumat peribadi dari Mark, Dustin atau sesiapa Facebook bloggers yang anda kenali dari Facebook Blog.
Harap maklumat di atas ini cukup jelas :) kalau ingin lihat sendiri sila ke blog Facebook di sini
No comments:
Post a Comment