Wednesday, September 28, 2011

Resepi Mashed Potato dan Sos Steak Devil


Mashed Potato Gravy (kiri) dan Sos Steak Devil (Kiri)




Mashed Potato Gravy ini boleh juga digunakan untuk steak sos.

Resepi:

1 1/2 sudu makan mentega 
1 1/2 sudu makan tepung gandum 

Dicampur bersama kemudian dipanaskan di atas kuali.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan di bawah:

50g bawang besar dihiris
1 /2 sudu teh thyme kering
1/2 sudu  teh basil kering
1/8 sudu serbuk teh lada hitam
1/8 sudu teh lada sulah
1/8 sudu teh kicap
3/4 cawan air
1/2 kiub daging lembu Knorr's

Devil Steak Sauce

Resepi:

2 sudu makan jem raspberry
2 sudu makan gula perang
2 sudu makan sos Worcestershire
2 sudu makan sos tomato
1/2 sudu teh black vinegar
sedikit garam dan lada hitam

Sebenarnya resepi asal menggunakan 2 sudu makan malt vinegar, tapi tak jumpa jadi tukarkan dengan black vinegar, cuma rasa black vinegar ni kuat, itu yang letak sikit je, kalau masih kuat jugak, boleh tambah gula atau lemon juice untuk mengurangkan rasa black vinegar. 

Hmm... I suka makan steak dengan Black Devil Sauce, rasanya masam-masam manis, tapi hubby lebih suka makan steak dengan mashed potato gravy tu... jadi cubalah dua-dua, tengok yang mana yang sedap :)

Selamat mencuba!