Tuesday, October 8, 2013

Butik Muslimah @ Kota Damansara - Najjah, Saraya Zahret, Neng Guelis, Seri Kapas and Veil Art

Ok, haritu asyik nampak Al-Humaira' Contemporary update shawls dekat facebook, terdetik di hati nak terjah butik Alhumaira' Contemporary kan.. last-last dah lah susah nak cari on googlemaps, signage tak clear, parking susah nak cari.. bila dah jumpa dah takde mood, masuk satu kali round keluar tangan kosong sebab tak berapa suka dengan quality tudung yang pada I either terlalu plain atau terlalu tipis. Lagipun maybe dengan panas terik, pening kepala dok pusing cari Jalan 5/20D (isy hujung sekali belah kanan kalau u nampak 5/20A tu dah salah lah tu.. jalan lah terus sampai hujung, paling senang cari Gulati's dia kat lorong bertentangan dengan Gulati's) masuk butik hati dah tertutup.. maybe next time lah bila mood dah ok sikit kita try pergi lagi :)




Bila nak drive balik tu.. pusing-pusing nampak Neng Geulis, Seri Kapas, Najjah and Saraya Zahret.. semua lebih kurang sederet @ Jalan 5/20E.. eh.. kalau I tahu dari awal, I gi sini je.. senang sebelah-sebelah keluar satu butik masuk yang lain hehe.. kalau jalan terus sikit lepas Neng Geulis ada Veil Art, tapi semalam I pergi Veil Art tutup.. so tak dapat lah nak tengok butik dia macamana.. 

So, seperti yang I cakap, semalam tu.. I pergilah Kota Damansara, The Strand lagi sekali terlanjur dah around the area tu sebab nak survey school anak, I gagahkan diri untuk terjah 4 butik di atas (try jugak kalini pergi AlHumaira' Contemporary sekali dia tutup on Mondays rupanya -memang jodoh I bukan dengan AlHumaira' Contemporary - )

First sekali masuk Saraya Zahret.. saja je.. padahal haritu pergi Busana Mall dah belipun satu baju peplum dari Saraya Zahret and satu shawl Jenna to Jo, kali ni masuk saja nak compare collection sama tak Kota Damansara dengan Busana Mall branch :) 

muslimah dress saraya zahret
Fesyen Muslimah: Saraya Zahret - Electric Blue Peplum

Yang ni I grab masa I pergi butik Saraya Zahret @ Busana Mall, lepas tu garu kepala nak kenakan dengan shawl apa eh?

busana muslimah
Fesyen Muslimah : Sweet Purple Blouse @ Saraya Zahret

Yang blouse ni ada offer, tinggal size S sahaja dan satu warna.. kita cuba nasib try sekali ketat! Sedih!

muslimah fesyen blog
Fesyen Muslimah : Basic Chiffon Black Blouse @ Saraya Zahret
Ok, I memang tengah cari basic black blouse sebab yang I punya ni dah selalu sangat pakai sampai dah berlapuk hehe malangnya S ketat.. size M pulak.. entahlah I rasa cutting tak berapa sesuai untuk badan I.. so.. even though sales girl sangat baik dan peramah.. I tak beli apa-apa in the end sebab tak sesuai :)

Yang bawah ni shawl chiffon two tone yang I beli from Jenna to Jo range:




Lepas tu.. kita ke Neng Geulis cari shawl untuk baju peplum electric blue tu.. inilah dia shawl yang dipilih:

shawls ideas
Electric blue peplum dress from Saraya Zahret with shawl from Neng Guelis 

Printed Shawl from Neng Geulis @ RM59

Shawl ni best sangat walaupun harga dia mahal sikit sebab kain dia sedap dipakai, tak jarang, boleh pakai dua-dua side dan yang penting cukup lebar untuk tutup dada atau untuk dibelit-belit macam-macam style.. tapi I ni lebih suka fuss-free style lebih kena dengan usia I yang dah 30-an ni :) lagipun nanti anak-anak mintak dukung lah nak pergi toilet lah nak makan disuap lah.. lecehlah kalau tudung berbelit-belit macam fashionista :) fuss-free is the best :)

hijab fashion ideas
Printed Shawl from Neng Guelis @ RM59

Neng Guelis ni kalau kat Mutiara Damansara, The Curve pun ada dekat tingkat 2 dalam kedai "La Tresor" yang bertentangan dengan Papa Rich tu.. 

Lepas Neng Geulis ingat nak tengok Najjah.. tapi naik atas tekan bell.. takde orang bukak :( 

muslimah butik kuala lumpur
Butik Najjah @ Kota Damansara The Strand

Lepas tu kita jalan sikit ke hadapan.. sampai ke Seri Kapas.. part ni sebenarnya I dah penat dan lapar.. tapi nama kedai dia macam menarik Seri Kapas.. manalah tahu ada cotton blouses yang I boleh beli.. in the end.. tak banyak cotton blouses tapi ada a few basic blouses with loose cutting yang I suka walaupun tak lah very fashionable tapi basic blouses yang sangat sesuai untuk pergi hantar anak-anak ke sekolah atau ke pasar raya tapi still tak nampak selekeh hehe :)

seri kapas butik kota damansara

Yang ni blouse loose cut plain dan pendek sikit size S..material sama macam Saraya Zahret yang peplum biru tu.. harga blouse ni RM149 less 15%

seri kapas butik kuala lumpur
Seri Kapas plain maroon fishtail blouse

Yang ni plain maroon blouse cutting fish tail sama material macam yang hijau, yang ni I amik size M, harga pun sama RM149 less 15%

Yang hijau tu.. I dah pakai pun hari ni hehe.. I pakai dengan seluar hitam je lah sebab takde seluar cream, shawl from Adreesya dah lama dah beli @ Ampang Point last year..

Ringkas je pakai dengan seluar cos nak send and fetch budak-budak from school je :p

Tapi I rasa kalau mak mertua I ada.. I pakai dengan skirt je lah.. sopan sikit :p skirt tu beli kat kedai mana2 je dekat Tesco RM30++ je :p

Ini dia close up shawl Adreesya tu.. I memang feveret shawl ni walaupun susah betul nak find a perfect green match dengan jahit tepi dia tu.. sekali memang tuah badan jumpa pulak hijau yang serupa @ Seri Kapas :P time ni feeling2 dengan Ray Ban I masa stuck dalam jam hehe.. 


Oooh.. and one more thing yang I beli dari Seri Kapas.. lace inners... mahal lah sikit at RM12.90 tapi lace dia sangat lembut dan yang penting tak ketat.. ada sekali I beli lace inner RM5.. tapi ketat tak boleh masuk kepala ..sungguh wasted...

Lace inners dari Seri Kapas @ RM12.90


Ok.. tu jelah entri memanjang dari I kali ni.. rasanya nilah entri yang paling banyak muka I terpampang eee! jangan menyampah sudah hehe.. nanti bila free I nak update pasal baju-baju casual yang I tempah @ Pasar Rakyat :) till next time and thanks for dropping by!

No comments:

Post a Comment