Monday, October 28, 2013

Masker Rambut Avocado + Yoghurt



Seminggu sebelum hari raya puasa yang lepas tu, ingatkan nak ke salun rebond rambut since dah lama tak pergi and Encik Suami pun dah start bising.. sekali sungguh hampeh.. dah lah beratus kena bayar, rambut makin teruk dah jadi macam singa.. rambut jadi teramat kering, jangan kata rambut lurus bersinar.. rambut terus jadi macam zig zag zig zag, tercacak-cacak yang rambut pendek-pendek tu eeee... geram!!! 4 tahun rebonding tak pernah jadi macam ni, first time jadi macam ni, tension.. 

Google search macam-macam dry and damaged hair treatment.. rebonding gone wrong etc etc.. tak jumpa jugak jawapannya.. semua cakap potong rambut, let the hair grow back and do a lot of treatments. Sigh.. banyaklah I nak pergi treatment kat salun lagi.. dah serik, treatment 5 minit charge beratus2.. tak payah sudah.. 

masker rambut kering



So, first I try masker rambut yoghurt + olive oil.. senang je masker ni, I beli Dutch Lady yoghurt yang kecil + 1 sudu teh olive oil.. kacau rata dan lumurkan di rambut yang kering selama 10 minit.. lepas tu bilas dengan air sejuk... hasilnya? Oklah berkilat sikit rambut (Sebab minyak zaitun lah tu) tapi masih lagi rambut zig zag zig zag eeee.. geram... tapi I baca yang tips ni patut diamalkan 2x seminggu secara konsisten baru akan nampak hasil. 

Hmm.. selang 4 hari.. I beli lah lagi yoghurt (lah kan kata kena buat 2x seminggu) tapi kali ni I nak try dengan avocado pulak so I try masker Avocado + Yoghurt recipe yang ni:


Masker Avocado + Yogurt Untuk Rambut Kering: 


1/2 biji avocado
1 tab kecil yoghurt
1 sudu makan olive oil 
1 sudu makan madu
1 biji putih telur 

1. Lecekkan avocado (guna yang masak dan lembut) dan campurkan dengan yoghurt dalam mangkuk kecil (I pakai hand whisk)
2. Masukkan olive oil dan madu, kacau lagi
3. Masukkan putih telur dan kacau.

Actually, bila I dah campurkan semua ramuan kecuali telur putih tu.. bau dan tekstur masker rambut ni sungguh best tapi lepas I masukkan telur putih dia jadi macam cair sikit ( so maybe kurang kan putih telur dan guna separuh je?) Tapi dah jadi kan, takkan nak buang so I pakai je lah... I lumurkan ke rambut yang kering selama 30 minit (guna shower cap) kemudian basuh guna air sejuk (sumber asal kata basuh lepas tu syampu.. tapi I tak syampu lah sebab tak nak lah minyak zaitun tu wasted gitu je kan.. hasilnya? memang best.. better dari masker yoghurt + olive oil sahaja.. mungkin sebab ada macam-macam avocado, madu, putih telur.. rambut memang terasa lembut.. kilat dia sama je macam masker yang pertama tu tapi kelembutan dia lain sikit :) ok.. so I am keeping this hair mask recipe :) Kilatnya bertahan dalam 2-3 hari.. Nak cuba konsisten guna masker rambut ni dan nak lihat apa perubahan dalam sebulan :)


petua rambut kering dan rosak
Masker Rambut Avocado untuk rambut kering - ini consistency masker rambut yang I pakai 



1 container kecil yoghurt tu.. boleh dapat sekali pakai masker untuk rambut yang panjang.. ada jugak baki sedikit.. tapi I tak simpan.. I buat sapu @ badan lepas tu bilas :) best jugak kulit terasa lebih halus :)

1 comment: