Haritu ternampak gambar kawan on fb kan.. dia bergambar dengan Azza Elite di butik baru Azza nama dia "Precious Jannah / Azza's Jannah, kita pun kepo lah tanya kat mana kan? Rupa-rupanya @ Busana Medan Mara, bangunan Mara yang baru tu yang sebelah Maju Junction @ Jalan TAR.. Apalagi.. memandangkan I pun nak kena collect baju-baju yang I tempah @ Pasar Rakyat, Medan Mara, I pun singgahlah ke Busana Medan Mara.. rupa-rupanya dia connected dengan bangunan Mara yang lama @ tingkat dua.. hehe lepas cuci mata @ Busana terus turun tangga yang sebelah Saraya Zahret tu.. (depan push carts) masuk pergi Medan Mara lama senangnya!
Masa mula-mula masuk Busana rasa macam hmm.. tak banyak kedai sangat, ada satu push cart tu orang Arab jaga @ tingkat 2 depan Noor Arfa cantik-cantik tudung dia jenis hoodie jarang dengan manik2 and bunga tampal.. sweet tapi I tak reti pakai hoodie plus rimaslah kena pakai inner ninja lepas tu pakai hoodie lagi.. kalau duduk dalam aircon je posing2 takpe tapi kalau nak keluar berjalan kaki.. dalam cuaca panas terik.. takpelah terima kasih jawabnnye :p
Cuba cari My Precious Jannah / Azza's Jannah dalam directory tapi macam tak perasan (eh actually cari directory pun tak nampak hehe), yang I perasan butik Saraya Zahret and Zawara sebelah2 hehe.. I'm like ZAWARA!!! waah.. best lah boleh check out baju2 dia cos selalu baju online kan nampak cantik tapi selagi tak pegang dengan tangan sendiri I tak confident nak beli... so.. apa lagi.. masuk lah!
Baju2 yang I try @ Saraya Zahret tu.. I dah post kan dekat entri sebelum ni so tengok gambar-gambar tu di sini ye..
Yang bawah ni gambar baju I try @ Zawara:
Zawara Deana Dress - sleveless @ RM69 (Image from Zawara) |
Ok, at first I try yang long dress ni sebab ingatkan nak pairkan dengan Korean long plain cardigan or even loose printed cropped top kan.. macam stylo gitu taaapi.. hitam tinggal size S sahaja dan walaupun I muat size S dia taaapi sebab dia jenis stretchable sikit kain dia tu.. hmm.. dia melekatlah kat bahagian perut/pinggul/punggung.. lepas tu memandangkan I ni taklah tinggi.. kain dia memanjang sapu lantai (even though Zawara offer free lentgh alteration) nak try size M.. takut besar sangat pulak..and I want black :( (I knw im so booring) so I kensel yang ni.. sorry gambar takde sebab I tak pakai baju inner haritu takkan nak bergambar sleveless dengan tudung kan hehe..
Lepas tu I try yang ni pulak tengah ada offer RM49 tak silap sebab last piece last color last size aaaand ada kotor sikit.. bila I tanya the salesgirl dia kata memang warna hitam dia akan turun so.. eh kalau gitu beli yang takde offer pun tak berani lah hehe.. tapi I suka sangat material dia very cooling cuma jarang sikit aaaand I reaaaly like the design.. I try size XL I suka sangat loose fit dia cuma of course lah tangan menggelebeh kan? *mental note - nak suruh my tukang jahit copy design ni with a different non-jarang material in maybe pastel pink with pastel blue piping OR baby green with cream piping - cantik kan??*
Zawara blouse @ Busana Medan Mara - simpan gambar nak copy design hehe |
Zawara Blouse @ Busana Medan Mara |
I like simple basic loose fitting blouses yang just above the hips hehe.. cover semua problem areas tak payah lah nak pakai corset ke hold your breath ke duduk nak minum kopi ke makan tengahari pun rilek je tak payah nak maintain2 tarik nafas hold your tummy in hehe..
Lepas tu kita try Zawara dress yang soo pretty tu.. ada design I tak try lah, yang ada pleats lah kat tummy tu..yang ada gathers lah.. eh problem area lah tu kita ni dah 2 kali tau tummy kene stretch dengan baby kat dalam for 38 weeks.. tak perlu lah nak tarik attention to that area :p
Ni gambar from Zawara:
Sweet kan? |
Me with Zawara Dahlia Dress in Rose @ Busana Medan Mara |
Ok verdict dia? sooooo sweeeeet.. tak tahan.. I like!!!! tapi ada a few changes yang I buat:
1) I will not wear the belt except if I suddenly develop killer abs hehe
2) panjang sangat dan gathers dia jatuh di pinggang as usual an area yang I tak nak highlight so.. instead of asking for length alteration dengan Zawara, I singgah Pasar Rakyat to my tukang jahit and asked her to pendekkan bahagian atas so that the gathers akan berada di bawah dada instead of atas pinggang -dah jadi ala-ala empire cut sikit- cun cun je length dia pun jadi ok hehe
3) I tak confident dengan lining dia, to me a bit nipis dan IF jalan bawah matahari/ strong light confirm nampak segalanya plus visible panty lines.. eeew.. tak nak lah.. maybe perasan I je kot sebab tak cuba lagi BUT still I asked my tukang jahit to tukarkan lining to satin untuk coverage lebih hehe
Overall, I tetap suka dress ni, design simple and elegant dan jahitan pun cantik :)
Lepas tu kita pergi tingkat 4 cari kedai Azza Elite pulak!
Tak tahu kat mana rupa2 nya kat dalam tempat nama MARAkesh hehe pandai gitu MARA-kesh? Dalam situ ada a few kedai kecik2 jual shawls and baju, tapi takde yang berkenan di hati :) Kedai Azza Elite tu ada a few people masuk cos dia pandai lah tarik orang masuk, very peramah orang dia.. ada dress ala-ala Zawara jugak tapi different design, very loose fitting and different type of lining, cheaper pulak tu at RM89, Azza kata promotion baru bukak kedai.. tapi.. dah terbeli kan @ Zawara satu.. takkan nak beli lagi satu. sayang.. shawls pun tak banyak.. so I keluar tak beli apa2 lah setakat dapat tengok celebrity up close hehe.. nak mintak bergambar malu lah pulak sebab tak beli apa2.. so.. sapa nak jumpa Azza Elite pergilah butik dia @ Busana Medan Mara tingkat 4 :)
Ni dekat luar MARAkesh |
Ni entrance dia |
K habis dah entri memanjang ni :) Thanks for reading :)
Tengok Juga:
Tupai-tupai @ Jln Bukit Petaling |
Sari Ratu (Depan MARA) |
No comments:
Post a Comment