Tuesday, October 1, 2013

Resepi Asparagus Yang Paling Simple!!

resepi sayur


Ok, masih lagi mood malas nak masak, jadi bila pergi pasar raya tu.. dok terpikir nak grab kacang botol je ke asparagus? Akhirnya asparagus lah sebab kalau beli kacang botol nanti makan ulam kena tumbuk sambal belacan pulak! Oh tidaaaak!!

Paling simple nak masak asparagus tak payah bubuh sayur-sayur lain pun, bahan-bahan pun setakat bawang putih, minyak zaitun, butter, lada hitam dan garam.. aaah.. mana nak simple lagi?

Resepi Asparagus Mudah seperti berikut:


1. 250gm Asparagus
2. 1 sdm minyak zaitun
3. 1 1/2 sdm butter
4. 3 ulas bawang putih -ditumbuk-
5. serbuk lada hitam
6. garam


Bagaimana nak masak Asparagus goreng ni?


Senang je..

1. Panaskan pan dengan minyak zaitun dan butter dengan api yang kecil, bila butter dah cair, masukkan bawang putih, tumiskan bawang putih sebentar sahaja (jangan sampai coklat).

2. Masukkan asparagus dan goreng hingga masak (Sekejap je agak-agak lembut sikit boleh lah tu, kalau I, I suka rangup).

3. Tambahkan lada hitam dan garam ikut rasa. Dah siap! Simple sangat-sangat kan?

*Nota : kalau nampak macam minyak tu banyak sangat, ketepikan lah sikit pastu next time kurangkan minyak  butter dia hehehe..

No comments:

Post a Comment