Monday, October 21, 2013

Resepi Gulai Ikan Nenas Simple Tapi Sedap :)

resepi ikan gulai masak nenas
My Simple Gulai Ikan Masak Nenas Recipe


Gulai ikan nenas ni memang lauk ikan feveret I.. sama ranking dengan ikan pari masak asam pedas hehe. rasa dia pun lebih kurang sama je.. cuma gulai ikan nenas ni dia cair sikit. kalau takde nenas letak rebung pun sedap. Makan dengan nasi putih panas-panas.. yummy.. memang menjilat jari.

Resepi gulai ikan nenas ni simple je:


4 ekor ikan ( I guna ikan kerisi - saiz kecil)
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
2 hiris halia
1 hirisan kunyit hidup
8 batang lada merah 
belacan
1.5 keping asam
1 batang serai (dititik)
nenas (ikut suka berapa banyak)
gula (dalam 1.5 sudu makan)
garam
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-cara masak gulai ikan nenas:

1. Bersihkan ikan dan bilas dengan garam dan air perahan limau kasturi. Ketepikan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lada merah dan belacan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau / lada garing sedikit.
4. Masukkan serai, asam keping, gula dan garam.
5. Tambahkan air jika kuah mula mengering, kemudian masukkan nenas dan ikan.
6. Tambahkan air lagi untuk menutupi ikan dan kemudian masak hingga didih.
7. Keluarkan asam keping jika kuah sudah cukup masam dan tambahkan garam dan gula jika perlu. 

Siap! Senangkan? :)