Monday, October 21, 2013

Resepi Mudah Macaroni N Cheese

Hari ni mood masak nasi lauk gulai ikan dan sayur goreng, tapi disebabkan anak nombor satu tu cuma makan mee sahaja.. kita ambil jalan paling ringkas dan cepat, masakkan dia pasta Mac N Cheese. Hmm.. boleh ke I tukar nama spaghetti n cheese? Sebab anak I tak suka makan macaroni so I substitute kan macaroni tu dengan spaghetti je.. Resepi ni memang tersangat simple sebab anak I tak makan apa-apa melainkan mee (that means no vegetables, no meat etc etc)so setakat mee dan sos cheese saja lah.. Pulak tu takde susu segar dalam peti ais, jadi I pun sebat je guna susu cair (err.. ok so sebenarnya tak berapa sihat lah ye tu.. tapi mac n cheese pun memang high in calories)


resepi pasta keju
Resepi Mac N Cheese Super Simple

I guna shredded cheese ni sebab takut anak I tak berapa suka warna cheddar yang oren. Rasa topping ni very light.

Resepi Mac N Cheese 

* resepi ini hanya untuk seorang makan (budak kecil ya bukan orang dewasa - kalau nak lebih sila gandakan bahan-bahan). Bahan-bahan seperti berikut:

1 sudu makan mentega
4 sudu makan susu cair
2 sudu makan shredded cheddar cheese ( I guna yang dalam gambar)
2 sudu makan air

Cara nak masak Mac N Cheese ni tersangat simple:


1. Rebuskan spaghetti atau macaroni anda di dalam air yang mendidih + minyak 1 sudu makan + garam). Toskan.

2. Di pan yang berasingan, panaskan mentega, masukkan susu cair dan larutkan mentega. 

3. Tambahkan keju dan air dan kacau hingga larut.

4. Jika mahu anda boleh tambahkan serbuk lada hitam sedikit dan hirisan daun parsley.

Siap!

No comments:

Post a Comment